Saturday, October 24, 2009

Tahukah Anda???

Bismillah

1. Al-Quran al-karim mengandungi 114 surah. Namun ada juga pendapat yg mengatakan bilangan surah al-Quran hanya 113 surah sahaja, iaitu mengira surah al-Anfal dan surah al-Bara’ah sebagai satu surah sahaja.

2.surah paling panjang dalam al-quran ialah surah al-Baqarah (286 ayat), surah paling pendek dalam al-Quran ialah surah al-Kauthar (3 ayat)


3. ayat paling panjang dalam quran terdapat dalam surah al-Baqarah dikenali ayat ad-dayn (hutang piutang), ayat ke-282

4. bagaimana khusyuk dalam solat? Bukan leka, tidak sedar, atau rasa seolah2 berada di awangan. Tapi khusyuk bererti ingat dan peka. Contoh, ingat bilangan rakaat, contoh, Rasulullah menyuruh kita menahan orang yg ingin lalu di hadapan kita ketika solat, dan sekiranya orang itu enggan maka bunuhlah orang itu kerana ia adalah syaitan.


5. solat siang diwitirkan dengan solat maghrib (3 rakaat), dan solat malam diwitirkan dengan solat sunat witir lah

6. witir maksudnya (angka) yg ganjil i.e. 3, 5, 7

7. Sunnah Rasulullah melakukan solat sunat witir (3,5,7 rakaat) dengan 1 salam. (riwayat Ibn Abbas)

8. Dianjurkan umtuk membezakan solat fardhu dan solat sunnah. Contoh, untuk membezakan solat sunat witir 3 rakaat dengan solat fardhu maghrib yg juga 3 rakaat adalah dengan melakukan solat sunat witir dengan 1 salam tanpa duduk dan membaca tahiyyat awal.

9. membaca du’a qunut pada solat subuh bukan wajib dan bukan sunnah. Meninggalkan qunut ketika solat subuh tidak perlu sujud sahwi

10. Qunut dilakukan untuk mendu’akan kesejahteraan bg umat islam atau kemusnahan bagi musuh Islam, tidak pernah dikhususkan untuk solat subuh sahaja

11. sujud sahwi adalah dilakukan jika kita terlupa e.g. terlupa bilangan rakaat, dll.

12. Bacaan dalam sujud sahwi sama seperti bacaan ketika sujud biasa e.g. “subhana rabbi al-a’la” 3x atau “subbuhun qudduusun rabbul-malaa2ikatu w ar-ruuh” 3x, dll

13. disunnahkan menggerak2kan jari ketika berdu’a di dalam tahiyyat

14. sebaik2 sahur adalah ketika masuk waktu imsak (10 minit sebelum waktu subuh)

15. tiada fadhilat khusus solat tarawih pada malam pertama hingga malam ke 30. semua hadith fadhilat yg anda temui itu adalah hadith palsu dan menyebarkannya adalah haram. Mustahil hnya dgn solat satu malam anda akan peroleh pahala sekelian para nabi. Tak payah nak berangan2. anda beribadah sepanjang usia Nabi Nuh pun takkan dapat menyamai pahala seorang Nabi.

16. Wanita haidh boleh membaca al-Quran dan boleh memasuki masjid.

17. Hadith larangan membaca Quran dan larangan masuk ke masjid adalah kepada orang yg berjunub. Rasulullah tidak pernah melarang wanita haidh masuk ke masjid malah banyak hadith yg menceritakan wanita haidh masuk ke masjid pada zaman Rasulullah. Setengah ulama’ yg melarang hanya mengqiaskan haidh dengan junub. Namun, sebahagian ulama’ yg lain berpendapat junub dan haidh tidak boleh disamakan. Seseorang boleh memilih untuk tidak berada dalam keadaan junub, tetapi tidak boleh memilih untuk tidak berada dalam keadaan haidh bila ia datang, dan perlu tunggu sehingga ia habis. Seorang yg dalam keadaan junub boleh bersuci pada bila2 masa yg ia mahu.

18. Malam nisfu sya’ban diraikan oleh penganut Syi’ah kerana mereka percaya imam Mahdi akan turun pada malam tersebut.

19. Membaca Yasin tiga kali pada malam nisfu sya’ban adalah bid’ah yg sesat.

20. Disunnahkan membaca surah al-Kahfi pada malam atau pagi Jumaat. Tiada hadith sahih menerangkan fadhilat tertentu membaca yasin pada malam Jumaat.

Wallahu Ta’ala a’lam.

No comments:

Post a Comment