Showing posts with label dedikasi. Show all posts
Showing posts with label dedikasi. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

beep...beep...beep

mesej maya yang saya terima pada hari nie...sukanya~~~ngeh3
"pandai2 abg melukis pandai lagi 'sayang' melukis...'sayang' berikan abang lukisan terindah dlm hati abang...kehadiran 'sayang' segalanya bg abg...'sayang' cinta hati abg".

p/s: muslimin nie la cinta hati sy, buat sy trsenyum riang selalu. hari2 rasa honeymoon klu bersamanya. manis bersama, bercinta, berkasih sayang, bermesraan dgnnya. hati bahagia, nikmatnya cinta anugerah Allah nie. Who's ya??? zauj saya ABDULLAH HADYNOOR DAHLAN

Sunday, September 27, 2009

Mummy, Mak, Ummi, Ibu

Bagi saya, emak saya adalah seorang wanita yang paling hebat sekali di dunia ini…

Kenapa?

X percaya?

X percaya sudah..

Kenapa saya cakap macam tu?

Sebab emak saya adalah insan yang paling mulia di hati saya…

Saya bangga dengan emak saya…

Emak saya seorang doktor yang paling hebat sekali di dunia ini…

Dialah yang merawat saya…

Luka di badan, dan juga di hati….

Dia jugalah yang memberi ketenangan jiwa seindah langit yang membiru…

Belum pernah lagi saya jumpa doktor sehebat dia..

Dia juga kaunselor yang paling saya kagumi…

Dengan hanya gerak mata, dia mampu menafsirkan segala apa yang terlukis di hati saya….

dia jugalah yg mendamaikan hati saya sehingga terhapus segala resah…

Emak saya seorang guru yang paling budiman…

Dialah yang mentarbiah saya..

Dari kecil sampai la sekarang….

Walaupun dia tegas, tapi dia mesra lagi penyayang…

Dalam mendidik, dia x pernah maki hamun saya….

Hebat x hebat emak saya ni?

Emak saya kan..

Dia kan…

Kan…

Dia kan…

Dia Interior designer yang paling vouge…

Sbb kan…

Semua sentuhan rekaan dia kat umah tu berkenan di hati saya….

Dia mengekspresikan keharmonian cinta dan kasih syg dlm setiap sentuhan…

Sebab dia cakap, rumah adalah syurga untuk dia dan anak-anak dia….

Emak saya ni memang hebat….

Dialah chef yg paling super dlm dunia ni…

Bg je la menu apa…

Sekelip mata je dia boleh setelkan….

Teror tau…

Korang boleh ke?

Huh!!!

Da la teror, sedap plak tu…

Hehehehe…

Kalau nak rasa, jemput la dtg umah..

Tp jgn bt mcm umah sendiri plak tau…

Bt macam umah org…

Hahahaha….

Emak saya ni, low profile sangat…

Ada ka dia kesah nak mop lantai?

Ada dia kesah nak cuci baju?

Nak sapu laman guna penyapu lidi yg macam ahli sihir tu pakai?

Ada? Ada? Ada?

X der nya…

Kan saya dah cakap, emak saya ni memang teror..

Bukan terrorist tau..

Hehehe…

Saya bukanlah nak berbangga dengan emak saya..

Cuma ini, sbg satu apresiasi betapa hebatnya seorang wanita bernama ibu…

Saya percaya, ibu anda juga begitu….

Untuk emak…

I looooove u so much!!!

Terima kasih kerana menjadikan hidup saya lebih bermakna…

Terima kasih kerana memberikan segala yang terbaik dalam hidup saya…..

Terima kasih..

Puan Suraya binti Abdullah…

Saturday, September 26, 2009

assalamu'alaikum w.w.b buat pembaca yang budiman...

Dengan lafaz Bismillah blogger : L.U.K.I.S.A.N.T.E.R.I.N.D.A.H ini saya dedikasikan teristimewa buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, Abdullah Hadynoor bin Dahlan. Terima kasih atas kebaikanmu.Isterimu ini akan menjadi saksi di akhirat bahawa dirimu seorang suami yang baik terhadap isteri.

Setulus penghargaan buat mummy daddy, Suraya binti Abdullah dan Hadain bin Gaya.


Setulus ingatan buat mak abah mertuaku, Haminah binti Ejum dan Dahlan bin Hj. Suman. Doa restu kalian amat kuharapkan.


Tidak lupa buat seluruh ahli keluargaku di Manila, Tuaran, Semporna dan Pulau Sebatik.
Saudara mara, jiran-jiran, rakan taulan, pensyarah dan guru.


Semua pembaca yang menenali diri ini atau tidak, sekalung salam dan ucapan terima kasih dihulurkan. Sumbangan kalian secara langsung ataupun tidak langsung amat dihargai dan semoga ia selayaknya dibalasi firdausi.