Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Rasia menjadi isteri solehah~

  • ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?
  • Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
  • Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
  • Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
  • Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
  • Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
  • Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
  • Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
  • Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
  • Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
  • Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
  • Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
  • Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
  • Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.
  • Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
  • Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
  • Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
  • Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
  • Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
  • Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
  • Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
  • Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
  • Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Friday, October 23, 2009

iNi TaRbIyyAhKu

In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful

"Muslimat, jangan sekali-kali perasan COMEL ! Di sini bukan tempat untuk MANJA-MANJA !"

Teringat kembali saat bergerak kerja semasa masih di zaman persekolahan dulu. Di saat baru mula mengenali hidup berjemaah, inilah antara kata-kata yang sering kali dilemparkan oleh pimpinan-pimpinan ketika itu. Yang terkena, pastilah muslimat ! Pada mulanya, sakit di hati, Allah saja yang tahu. Lama-kelamaan, alhamdulillah, perubahan yang berlaku kepada diri dapat diadaptasi dengan cepat. Namun, kasihan kepada segelintir sahabiah yang sangat halus jiwanya, tidak dapat menerima tengkingan dan kata-kata kasar daripada muslimin.

Bodoh, lembap, lembik ! Antara hidangan sarapan pagi dalam satu kem suatu ketika dulu (saya tak ikut, tapi sahabat-sahabat cerita). Sampaikan ada sahabiah yang pengsan kerana tekanan fizikal.

Air mata, cerita duka dan pelbagai lagi yang menguji hati menjadi mainan kami ketika itu. Bayangkanlah, di saat remaja-remaja belasan tahun yang lain menikmati usia remaja mereka, kami bergelut di medan juang, cuba membina biah solehah, merungkai permasalahan akhlak remaja. Baru bergelar budak-budak sekolah, siapa sajalah yang mendengar kata-kata kami ketika itu. Apatah lagi berhadapan dengan keluarga, antara yang menjadi halangan utama ketika itu. Sampaikan ada sahabiah yang dipaksa membuat pilihan yang sangat menguji hati.

Demikianlah tarbiyyah yang diterima sewaktu mula-mula merasai hidup berjemaah. Namun, inilah yang dikatakan jalan seorang pejuang. Tidak ada karpet merah direntang, tidak ada bunga-bunga di kiri kanan. Yang ada hanya duri di sepanjang perjalanan. Tetapi, duri-duri inilah yang harus ditempuh untuk menuju kesenangan yang abadi di syurga nanti, insya-Allah.

Sudah berapa banyak air mata yang tumpah, sudah berapa banyak peluh mengalir, sudah berapa kali hati terasa disiat-siat dan sudah berapa kerap perasaan dikorbankan. Malu, marah, sedih, geram, kecewa dan sebagainya... Sampai satu tahap, diri seolah-olah kebal dengan segala persepsi orang. Namun, siapa sangka, inilah antara saham-saham yang hendak dibawa ke akhirat kelak. Dan siapa sangka, manisnya semua ini apabila dikenang kembali.

Setelah sekian lama, ukhuwah yang terbina kukuh adalah antara penguat yang membuatkan diri istiqamah berada di jalan ini. Yang paling utama, segala dugaan dan cabaran di sepanjang perjalanan ini menjadikan bertambah tingginya pergantungan harap kepada Allah S.W.T.. Itulah yang paling utama dan kerana itu jugalah, nikmatnya hidup di jalan ini dapat dirasai. Bersyukurlah kerana menjadi antara orang-orang pilihan Allah untuk merasai suka duka hidup di jalan ini. Bukan populariti yang dicari, tetapi ingatlah, selagi mana kita berada dalam lingkungan ini, selagi itulah kita akan berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai.

Kerasnya tarbiyyah ini bukanlah bermakna kerasnya hati ini. Acap kali perasaan dikorbankan bukanlah bermakna hilangnya perasaan semulajadi diri ini. Kerapnya turun ke lapangan masyarakat bukanlah bermakna populariti yang dicari diri ini. Galaknya beraksi di jalan ini bukanlah bermakna hilangnya maruah diri ini. Dan banyaknya luahan hati bukanlah bermakna simpati yang dicari diri ini. Tetapi, inilah caraku, inilah jalanku, inilah tarbiyyah yang telah sekian lama dilalui... Hanya DIA yang memahami apa yang tersembunyi jauh di lubuk hati...

cAnTiKkAh???

"Saya tak cantik. Saya rasa rendah diri. Lelaki cuma suka perempuan yang cantik2 saja. Saya betul2 rasa rendah diri. Saya memang tak layak untuk sesiapa pun."


"Kenapa lelaki 'soleh' ni semuanya nak perempuan yg cantik2 saja?"

"Saya taknak lah cari laki yang 'warak2' ni, laki baik2 semuanya nak perempuan cantik je. Kalau laki yg tak baik sangat, biasa2 aje, dorang tak kisah pun dengan pmpuan yg tak cantik. Takyahlah cari yg baik2, sampai bila pun tak kahwin."

Antara kata2 yang selalu ku dengar, sms yang biasa ku dapat, dari berpuluh2 wanita muslimah di luar sana.

Kejap tadi pun saya baru baca sms yg bunyinya lebih kurang sama.

Sampaikan satu tahap saya terus cucuk broadband Wani, buka blogspot n menaip di sini.huhu.

Come on lah. Takda benda lain lagi kah yang nak difikirkan, yg nak dirisaukan, selain daripada hal ini. Kalau lelaki tu tengok kamu tak cantik, n taknak kat awak, then apa masalahnya? Hot sangat kah lelaki itu sampaikan anda naik risau?

Kalau saya, saya pun tak hingin lah lelaki yg macam tu.

Actually saya pun pelik, sebab bagi saya hamba Allah yg risau itu, pada pandangan mata saya, dah cukup cantik.

Kesimpulan saya mudah saja.

Dia rasa dirinya tak cantik, sebab dia sangka, dia ingat, jasad yg dia miliki sekarang ini adalah miliknya.

Dia tak sedar, dia tak dapat rasa, bahawa jasadnya, tubuhnya, rupanya, wajah yg dia miliki itu bukan miliknya. Tapi itu semua milik Allah.

Dia lupa bahwa semua itu adalah pinjaman dari Allah.

Dia tak sedar semua yg dia miliki, adalah anugerah, hadiah dari Allah untuk dirinya, sepanjang dia hidup di dunia.

Kalau anda dapat hadiah dari Allah, tidakkah merasa gembira? Tidakkah merasa cukup? Tidakkah merasa besar? Tambah lagi pemberian itu cukup sempurna, tiada cacat cela. Apa lagi yang kamu mahu?

Tidakkah bersyukur?

Bagi saya, kalau seseorang itu dilihat hodoh pada pandangan semua manusia sekalipun, tapi jika dia sedar, wajah yg dia miliki itu adalah hadiah dari Allah buat dirinya, pasti akan dilihat indah olehnya. Pasti dia merasa gembira, puas, cukup, dengan hadiah itu.

Siapa tak merasa gembira menerima hadiah dari yang dicintai?

Saya yakin kalau hadiah itu buruk sekalipun, tapi datang dari yang dicintai, pasti si penerima akan merasa suka. Yang buruk pun nampak indah.

Bagi saya lagi, kalau seseorang itu dilihat sangat cantik pun pada pandangan manusia seluruhnya, tapi kalau dia sedar kecantikan itu bukan miliknya tapi pinjaman semata, pastilah dia tak perlu membangga diri. Malah dia akan menjaganya seperti yg dimahukan oleh Sang Pemberi pinjam, Pemilik yg mutlak.

Jika disuruh tutup, maka ditutup. Disuruh jaga, dijaga sebaiknya. Kerana dia tahu dia hanya meminjam!

Sekian..jangan ada yang terasa..saya juga pernah punya rasa seperti itu, ketika saya belum sedar.

Sunday, September 27, 2009

~wAhAi PeLaJaR~


“‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.

Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.

I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’”



Terjemahan dalam Bahasa Melayu:

“‘Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini.“

* Sayyid Abul 'Ala Mawdudi - seorang pemikir Islam dr Pakistan.