Friday, October 23, 2009

iNi TaRbIyyAhKu

In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful

"Muslimat, jangan sekali-kali perasan COMEL ! Di sini bukan tempat untuk MANJA-MANJA !"

Teringat kembali saat bergerak kerja semasa masih di zaman persekolahan dulu. Di saat baru mula mengenali hidup berjemaah, inilah antara kata-kata yang sering kali dilemparkan oleh pimpinan-pimpinan ketika itu. Yang terkena, pastilah muslimat ! Pada mulanya, sakit di hati, Allah saja yang tahu. Lama-kelamaan, alhamdulillah, perubahan yang berlaku kepada diri dapat diadaptasi dengan cepat. Namun, kasihan kepada segelintir sahabiah yang sangat halus jiwanya, tidak dapat menerima tengkingan dan kata-kata kasar daripada muslimin.

Bodoh, lembap, lembik ! Antara hidangan sarapan pagi dalam satu kem suatu ketika dulu (saya tak ikut, tapi sahabat-sahabat cerita). Sampaikan ada sahabiah yang pengsan kerana tekanan fizikal.

Air mata, cerita duka dan pelbagai lagi yang menguji hati menjadi mainan kami ketika itu. Bayangkanlah, di saat remaja-remaja belasan tahun yang lain menikmati usia remaja mereka, kami bergelut di medan juang, cuba membina biah solehah, merungkai permasalahan akhlak remaja. Baru bergelar budak-budak sekolah, siapa sajalah yang mendengar kata-kata kami ketika itu. Apatah lagi berhadapan dengan keluarga, antara yang menjadi halangan utama ketika itu. Sampaikan ada sahabiah yang dipaksa membuat pilihan yang sangat menguji hati.

Demikianlah tarbiyyah yang diterima sewaktu mula-mula merasai hidup berjemaah. Namun, inilah yang dikatakan jalan seorang pejuang. Tidak ada karpet merah direntang, tidak ada bunga-bunga di kiri kanan. Yang ada hanya duri di sepanjang perjalanan. Tetapi, duri-duri inilah yang harus ditempuh untuk menuju kesenangan yang abadi di syurga nanti, insya-Allah.

Sudah berapa banyak air mata yang tumpah, sudah berapa banyak peluh mengalir, sudah berapa kali hati terasa disiat-siat dan sudah berapa kerap perasaan dikorbankan. Malu, marah, sedih, geram, kecewa dan sebagainya... Sampai satu tahap, diri seolah-olah kebal dengan segala persepsi orang. Namun, siapa sangka, inilah antara saham-saham yang hendak dibawa ke akhirat kelak. Dan siapa sangka, manisnya semua ini apabila dikenang kembali.

Setelah sekian lama, ukhuwah yang terbina kukuh adalah antara penguat yang membuatkan diri istiqamah berada di jalan ini. Yang paling utama, segala dugaan dan cabaran di sepanjang perjalanan ini menjadikan bertambah tingginya pergantungan harap kepada Allah S.W.T.. Itulah yang paling utama dan kerana itu jugalah, nikmatnya hidup di jalan ini dapat dirasai. Bersyukurlah kerana menjadi antara orang-orang pilihan Allah untuk merasai suka duka hidup di jalan ini. Bukan populariti yang dicari, tetapi ingatlah, selagi mana kita berada dalam lingkungan ini, selagi itulah kita akan berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai.

Kerasnya tarbiyyah ini bukanlah bermakna kerasnya hati ini. Acap kali perasaan dikorbankan bukanlah bermakna hilangnya perasaan semulajadi diri ini. Kerapnya turun ke lapangan masyarakat bukanlah bermakna populariti yang dicari diri ini. Galaknya beraksi di jalan ini bukanlah bermakna hilangnya maruah diri ini. Dan banyaknya luahan hati bukanlah bermakna simpati yang dicari diri ini. Tetapi, inilah caraku, inilah jalanku, inilah tarbiyyah yang telah sekian lama dilalui... Hanya DIA yang memahami apa yang tersembunyi jauh di lubuk hati...

cAnTiKkAh???

"Saya tak cantik. Saya rasa rendah diri. Lelaki cuma suka perempuan yang cantik2 saja. Saya betul2 rasa rendah diri. Saya memang tak layak untuk sesiapa pun."


"Kenapa lelaki 'soleh' ni semuanya nak perempuan yg cantik2 saja?"

"Saya taknak lah cari laki yang 'warak2' ni, laki baik2 semuanya nak perempuan cantik je. Kalau laki yg tak baik sangat, biasa2 aje, dorang tak kisah pun dengan pmpuan yg tak cantik. Takyahlah cari yg baik2, sampai bila pun tak kahwin."

Antara kata2 yang selalu ku dengar, sms yang biasa ku dapat, dari berpuluh2 wanita muslimah di luar sana.

Kejap tadi pun saya baru baca sms yg bunyinya lebih kurang sama.

Sampaikan satu tahap saya terus cucuk broadband Wani, buka blogspot n menaip di sini.huhu.

Come on lah. Takda benda lain lagi kah yang nak difikirkan, yg nak dirisaukan, selain daripada hal ini. Kalau lelaki tu tengok kamu tak cantik, n taknak kat awak, then apa masalahnya? Hot sangat kah lelaki itu sampaikan anda naik risau?

Kalau saya, saya pun tak hingin lah lelaki yg macam tu.

Actually saya pun pelik, sebab bagi saya hamba Allah yg risau itu, pada pandangan mata saya, dah cukup cantik.

Kesimpulan saya mudah saja.

Dia rasa dirinya tak cantik, sebab dia sangka, dia ingat, jasad yg dia miliki sekarang ini adalah miliknya.

Dia tak sedar, dia tak dapat rasa, bahawa jasadnya, tubuhnya, rupanya, wajah yg dia miliki itu bukan miliknya. Tapi itu semua milik Allah.

Dia lupa bahwa semua itu adalah pinjaman dari Allah.

Dia tak sedar semua yg dia miliki, adalah anugerah, hadiah dari Allah untuk dirinya, sepanjang dia hidup di dunia.

Kalau anda dapat hadiah dari Allah, tidakkah merasa gembira? Tidakkah merasa cukup? Tidakkah merasa besar? Tambah lagi pemberian itu cukup sempurna, tiada cacat cela. Apa lagi yang kamu mahu?

Tidakkah bersyukur?

Bagi saya, kalau seseorang itu dilihat hodoh pada pandangan semua manusia sekalipun, tapi jika dia sedar, wajah yg dia miliki itu adalah hadiah dari Allah buat dirinya, pasti akan dilihat indah olehnya. Pasti dia merasa gembira, puas, cukup, dengan hadiah itu.

Siapa tak merasa gembira menerima hadiah dari yang dicintai?

Saya yakin kalau hadiah itu buruk sekalipun, tapi datang dari yang dicintai, pasti si penerima akan merasa suka. Yang buruk pun nampak indah.

Bagi saya lagi, kalau seseorang itu dilihat sangat cantik pun pada pandangan manusia seluruhnya, tapi kalau dia sedar kecantikan itu bukan miliknya tapi pinjaman semata, pastilah dia tak perlu membangga diri. Malah dia akan menjaganya seperti yg dimahukan oleh Sang Pemberi pinjam, Pemilik yg mutlak.

Jika disuruh tutup, maka ditutup. Disuruh jaga, dijaga sebaiknya. Kerana dia tahu dia hanya meminjam!

Sekian..jangan ada yang terasa..saya juga pernah punya rasa seperti itu, ketika saya belum sedar.

Sunday, September 27, 2009

Mummy, Mak, Ummi, Ibu

Bagi saya, emak saya adalah seorang wanita yang paling hebat sekali di dunia ini…

Kenapa?

X percaya?

X percaya sudah..

Kenapa saya cakap macam tu?

Sebab emak saya adalah insan yang paling mulia di hati saya…

Saya bangga dengan emak saya…

Emak saya seorang doktor yang paling hebat sekali di dunia ini…

Dialah yang merawat saya…

Luka di badan, dan juga di hati….

Dia jugalah yang memberi ketenangan jiwa seindah langit yang membiru…

Belum pernah lagi saya jumpa doktor sehebat dia..

Dia juga kaunselor yang paling saya kagumi…

Dengan hanya gerak mata, dia mampu menafsirkan segala apa yang terlukis di hati saya….

dia jugalah yg mendamaikan hati saya sehingga terhapus segala resah…

Emak saya seorang guru yang paling budiman…

Dialah yang mentarbiah saya..

Dari kecil sampai la sekarang….

Walaupun dia tegas, tapi dia mesra lagi penyayang…

Dalam mendidik, dia x pernah maki hamun saya….

Hebat x hebat emak saya ni?

Emak saya kan..

Dia kan…

Kan…

Dia kan…

Dia Interior designer yang paling vouge…

Sbb kan…

Semua sentuhan rekaan dia kat umah tu berkenan di hati saya….

Dia mengekspresikan keharmonian cinta dan kasih syg dlm setiap sentuhan…

Sebab dia cakap, rumah adalah syurga untuk dia dan anak-anak dia….

Emak saya ni memang hebat….

Dialah chef yg paling super dlm dunia ni…

Bg je la menu apa…

Sekelip mata je dia boleh setelkan….

Teror tau…

Korang boleh ke?

Huh!!!

Da la teror, sedap plak tu…

Hehehehe…

Kalau nak rasa, jemput la dtg umah..

Tp jgn bt mcm umah sendiri plak tau…

Bt macam umah org…

Hahahaha….

Emak saya ni, low profile sangat…

Ada ka dia kesah nak mop lantai?

Ada dia kesah nak cuci baju?

Nak sapu laman guna penyapu lidi yg macam ahli sihir tu pakai?

Ada? Ada? Ada?

X der nya…

Kan saya dah cakap, emak saya ni memang teror..

Bukan terrorist tau..

Hehehe…

Saya bukanlah nak berbangga dengan emak saya..

Cuma ini, sbg satu apresiasi betapa hebatnya seorang wanita bernama ibu…

Saya percaya, ibu anda juga begitu….

Untuk emak…

I looooove u so much!!!

Terima kasih kerana menjadikan hidup saya lebih bermakna…

Terima kasih kerana memberikan segala yang terbaik dalam hidup saya…..

Terima kasih..

Puan Suraya binti Abdullah…

~wAhAi PeLaJaR~


“‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.

Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.

I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’”



Terjemahan dalam Bahasa Melayu:

“‘Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini.“

* Sayyid Abul 'Ala Mawdudi - seorang pemikir Islam dr Pakistan.

Saturday, September 26, 2009

assalamu'alaikum w.w.b buat pembaca yang budiman...

Dengan lafaz Bismillah blogger : L.U.K.I.S.A.N.T.E.R.I.N.D.A.H ini saya dedikasikan teristimewa buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, Abdullah Hadynoor bin Dahlan. Terima kasih atas kebaikanmu.Isterimu ini akan menjadi saksi di akhirat bahawa dirimu seorang suami yang baik terhadap isteri.

Setulus penghargaan buat mummy daddy, Suraya binti Abdullah dan Hadain bin Gaya.


Setulus ingatan buat mak abah mertuaku, Haminah binti Ejum dan Dahlan bin Hj. Suman. Doa restu kalian amat kuharapkan.


Tidak lupa buat seluruh ahli keluargaku di Manila, Tuaran, Semporna dan Pulau Sebatik.
Saudara mara, jiran-jiran, rakan taulan, pensyarah dan guru.


Semua pembaca yang menenali diri ini atau tidak, sekalung salam dan ucapan terima kasih dihulurkan. Sumbangan kalian secara langsung ataupun tidak langsung amat dihargai dan semoga ia selayaknya dibalasi firdausi.